Baru-baru ini viral mengenai kisah seorang lelaki muda yang berumur 28 tahun yang menjadi jutawan dengan menjual di laman Amazon.
Kisah ini dilaporkan oleh CNBC, sebuah media US yang terkenal.
Ryan Grant adalah seorang akauntan yang bekerja di Minneapolis.
Idea Ryan Grant adalah mudah. Iaitu beli di pasaraya Wallmart dan jual di Amazon.
(Untuk rekod, Wallmart adalah pasaraya murah di US dan berkonsepkan seperti Speedmart di Malaysia. Manakala Amazon adalah laman jualan online di US dan berkonsepkan Shopee / Lazada di Malaysia).
Setelah beberapa bulan bekerja sebagai akauntan, Ryan Grant menyedari bahawa akauntan bukanlah bidang yang beliau minati.
Beliau kemudiannya mencari peluang baru untuk keluar dari bidang akauntan. Idea pertama beliau ialah menjual buku teks ketika di zaman kolej beliau.
Setelah itu, beliau mula menyedari potensi laman jualan online seperti Amazon itu dan kemudiannya mencari produk baru untuk dijual.
Beliau memulakan dengan membuat pencarian produk di pasaraya Wallmart dan menhabiskan masa hampir 10 jam seminggu untuk mencari produk yang sesuai dijual di Amazon.
Pada permulaannya, Ryan Grant hanya menggunakan aplikasi Amazon di telefon bimbit untuk membuat jualan.
Pada bulan pertama, beliau berjaya mendapat keuntungan sebanyak seribu dollar hasil jualan sebanyak 3 ribu dollar.
Sedikit demi sedikit, beliau mengumpul kekuatan dan percaya bahawa model bisness ini boleh diteruskan dan mampu menjana pendapatan untuk beliau. Ryan Grant kemudiannya mengambil keputusan untuk berhenti dari pekerjaan akauntan beliau.
“Menerima keuntungan sebegitu adalah satu lonjakan keyakinan kepada saya untuk meneruskan pekerja ini” kata Ryan Grant.
Beliau kemudiannya menyewa sebuah stor berkeluasan 725 kaki persegi untuk memulakan bisness ini.
Kini, setelah hampir 4 tahun menamatkan pekerjaan beliau sebagai seorang akauntan, Ryan Grant kini adalah seorang jutawan dengan nilai jualan hampir dua ratus ribu sebulan.
MAHU SERIBU DAYA, TAK MAHU SERIBU DALIH
Ryan Grant adalah salah satu contoh kepada pepatah “Mahu Seibu Daya, Tak Mahu Seribu Dalih”
Idea Ryan Grant adalah mudah, beli di pasaraya Wallmart dan jual semula di laman jualan online, Wallmart.
Apa pula idea jualan anda?
Pernah terlintas untuk mendapatkan produk di pasaraya Mr DIY dan buat jualan di laman Shopee?
Untuk langkah seterusnya

