Lebih 11 Juta Pembelian Secara Online Dalam Masa 24 Jam


Nak tahu di mana 11 Juta pembelian tersebut?

Ya. Serious. 11 juta pembelian secara online diterima dalam masa 24 jam..



Tak lain tak bukan, di laman Shopee sahaja. Ini tak termasuk pembelian di laman Lazada!





Fakta Lain Yang Perlu Anda Ketahui Mengenai Laman Jualan Online Ini

  • 11 Unit Kereta Jenama Volkwagen Terjual Pada Minit Pertama Di Lazada.
  • 27 Tan Milo Terjual Pada 2 Jam Pertama
  • 58,000 Produk Terjual Dalam Masa 1 Minit
Hal ini berlaku pada 11 Nov 2018 yang lalu. Iaitu ketika laman Shopee dan Lazada mengadakan jualan besar-besaran pada hari tersebut. 
Boleh dikatakan, ini adalah jualan murah besar-besaran yang diadakan oleh pihak Shopee dan Lazada. 
Hebatkan?
Dan jualan produk tersebut adalah daripada anda. Penjual di Shopee sendiri. 

Jualan Salah Seorang Dropshipper Kami Pada 11 Nov 2018 Yang Lalu






Nak Menjadi Salah Seorang Seller Di Laman Lazada dan Shopee?
Jom sertai kami. Anda bukan sahaja boleh menjual di Shopee. Malah, jika anda tiada produk, kami akan sediakan produk untuk dijual secara dropship. 

Klik butang di bawah untuk maklumat lanjut.

Lelaki Ini Buat Jutaan Ringgit Hasil Jual Online

Baru-baru ini viral mengenai kisah seorang lelaki muda yang berumur 28 tahun yang menjadi jutawan dengan menjual di laman Amazon.
Kisah ini dilaporkan oleh CNBC, sebuah media US yang terkenal.
Ryan Grant adalah seorang akauntan yang bekerja di Minneapolis.


Idea Ryan Grant adalah mudah. Iaitu beli di pasaraya Wallmart dan jual di Amazon.
(Untuk rekod, Wallmart adalah pasaraya murah di US dan berkonsepkan seperti Speedmart di Malaysia. Manakala Amazon adalah laman jualan online di US dan berkonsepkan Shopee / Lazada di Malaysia).
Setelah beberapa bulan bekerja sebagai akauntan, Ryan Grant menyedari bahawa akauntan bukanlah bidang yang beliau minati.
Beliau kemudiannya mencari peluang baru untuk keluar dari bidang akauntan. Idea pertama beliau ialah menjual buku teks ketika di zaman kolej beliau.
Setelah itu, beliau mula menyedari potensi laman jualan online seperti Amazon itu dan kemudiannya mencari produk baru untuk dijual.
Beliau memulakan dengan membuat pencarian produk di pasaraya Wallmart dan menhabiskan masa hampir 10 jam seminggu untuk mencari produk yang sesuai dijual di Amazon.
Pada permulaannya, Ryan Grant hanya menggunakan aplikasi Amazon di telefon bimbit untuk membuat jualan.
Pada bulan pertama, beliau berjaya mendapat keuntungan sebanyak seribu dollar hasil jualan sebanyak 3 ribu dollar.

Sedikit demi sedikit, beliau mengumpul kekuatan dan percaya bahawa model bisness ini boleh diteruskan dan mampu menjana pendapatan untuk beliau. Ryan Grant kemudiannya mengambil keputusan untuk berhenti dari pekerjaan akauntan beliau.
“Menerima keuntungan sebegitu adalah satu lonjakan keyakinan kepada saya untuk meneruskan pekerja ini” kata Ryan Grant.
Beliau kemudiannya menyewa sebuah stor berkeluasan 725 kaki persegi untuk memulakan bisness ini.
Kini, setelah hampir 4 tahun menamatkan pekerjaan beliau sebagai seorang akauntan, Ryan Grant kini adalah seorang jutawan dengan nilai jualan hampir dua ratus ribu sebulan.

MAHU SERIBU DAYA, TAK MAHU SERIBU DALIH
Ryan Grant adalah salah satu contoh kepada pepatah “Mahu Seibu Daya, Tak Mahu Seribu Dalih”
Idea Ryan Grant adalah mudah, beli di pasaraya Wallmart dan jual semula di laman jualan online, Wallmart.


Apa pula idea jualan anda? 
Pernah terlintas untuk mendapatkan produk di pasaraya Mr DIY dan buat jualan di laman Shopee?
Untuk langkah seterusnya

Pak Arab Pun Menjual Di Shopee

Bukan anda sahaja yang berminat menjual di laman marketplace seperti Shopee dan Lelong ini.
Tetapi seorang pelajar Malaysia di Tanah Arab pun menjual di laman Shopee..



Tuan Hazim adalah seorang pelajar di UAE.  Walaupun berada di tanah arab, beliau sebenarnya mencari pendapatan sampingan melalui laman Shopee ini.
Bemula dari sebuah  post di Facebook, saya mula mengenali beliau tidak menyangka beliau sebenarnya berada di tanah arab tapi menjual di Shopee.



‘Nak cari duit part time katanya. Tambahan pula beliau masih seorang pelajar dan isterinya tidak bekerja.
Inilah yang dinamakan , “Mahu Seribu Daya, Tak Mahu Seribu Dalih”.
Produk yang digunakan oleh Tuan Hazim adalah 100% dropship. Kebanyakkan diambil dari beberapa supplier yang menawarkan dropship.

Peluang Bisness Di Mana-mana

Jika anda berusaha, anda yang akan perolehi hasilnya.. 
Walaupun masih berumur 26 tahun dan masih menuntut di tanah UAE, Tuan Hazim bijak mencari peluang untuk menjana pendapatan secara part time. 
Hasil dropship sahaja, Tuan Hazim berjaya membuat jualan di Shopee sebanyak RM5,000 sebulan. 
“Ini statement bulan 10 yang lepas” kata Tuan Hazim. 

Walaupun masih muda, beliau berusaha untuk mencari wang tambahan. Malah pada usia semuda ini, banyak impian yang telah beliau kecapi..
Sehingga kini, hampir 12 negara yang Tuan Hazim lawati. 

Anda pula bagaimana?
Untuk menjadi seperti Pak Arab ni..

Kelebihan Laman Jualan Shopee dan Lazada Yang Patut Anda Tahu!

Laman Shopee & Lazada adalah laman jualan no. 1 di Malaysia. Anda sebenarnya boleh menjual apa sahaja di laman ini dan yang paling BEST ia adalah 100% percuma untuk menjual! 

Ya, betul. Nak menjual di laman ini percuma sahaja. Anda hanya perlu bayar hanya jika produk anda terjual. Itu pun hanya 1% di Shopee dan 2% di Lazada. Kalau tak terjual, takyah bayar. Jadi, what do you got to lose? 

1. Anda boleh menjual produk sendiri, produk pre-love (produk yang anda dah guna), produk dropship dan lain-lain. 

2. Anda guna handphone pun boleh jika anda nak menjual di Shopee nie. 

3. Tak perlu layan whatsapp kerana ia menggunakan sistem ‘add to cart’. Maka anda tak perlu nak berwhatsapp berkali-kali untuk memujuk prospek membeli produk anda dan banyak lagi kelebihan Shopee ini.. 

Anda Dah Buat Jualan Di Shopee?

Jika anda newbie seller di Shopee dan Lazada serta mempunyai keinginan yang kuat untuk belajar, inilah tempatnya.

"KLIK SINI"

Kemas Kini Shopee: FREE SHIPPING Kini Dalam Voucher

Pihak Shopee kini telah membuat sedikit kemas kini berkenaan FREE SHIPPING yang diberikan kepada semua pembeli sebelum ini.
Sebelum ini, FREE SHIPPING akan diberikan secara auto apabila pembeli membuat pembelian produk melebihi RM35 ke atas.
Namun kini, FREE SHIPPING tersebut masih kekal. Namun ianya perlu di ‘claim’ dalam bentuk voucher di Shopee.
Jika pembeli tidak ‘claim’ voucher free shipping tersebut, maka pembeli terpaksa membayar kos shipping.
Panduan Menuntut Voucher Free Shipping tersebut seperti di bawah:
Tap Voucher FREE SHIPPING seperti di bawah:
Pop up akan keluar dan klik ok.

Tap ‘View Voucher’ dan pergi ke ‘My Voucher'.

Voucher akan kelihatan dan anda hanya perlu tap untuk menggunakan voucher tersebut.

Untuk Maklumat Lanjut 

Panduan Menaikkan Jualan Di Shopee (MY ADS)

MY ADS adalah salah satu cara untuk meningkatkan jualan di Shopee. Terdapat pelbagai cara untuk menaikkan sales di Shopee seperti BOOST NOW, menyertai MY CAMPAIGN dan lain-lain.
Namun MY ADS adalah teknik menaikkan jualan anda yang saya sangat-sangat recommend kan untuk anda lakukan.
Beberapa perkara yang anda perlu tahu mengenai MY ADS adalah seperti berikut:

MY ADS adalah berbayar
Kebanyakkan yang menggunakan MY ADS gagal kerana tidak tahu teknik yang betul untuk mempraktikkan teknik ini.

Di bawah adalah video panduan menggunakan MY ADS yang betul dan untuk mengurangkan kos pengiklanan anda di MY ADS.



UNTUK MAKLUMAT LANJUT.

4 Soalan Lazim Berkenaan Membuat Jualan Di Shopee dan Lazada

Salam dan Hai
Sepanjang saya mengajar dan mengendalikan Bengkel Marketplace dan Import China, terdapat beberapa soalan yang paling kerap saya terima berkenaan membuat jualan di laman jualan online ini.
Berikut adalah 5 soalan lazim yang sering saya terima.

TERLALU RAMAI SELLER YANG ‘MAIN HARGA’
Tiada istilah seller ‘main harga’ atau jual produk yang sama. Ini kerana kebiasaannya, ia bukan masalah harga tetapi masalah ‘di mana anda mendapatkan produk‘.
Sebagai contoh, kebanyakkan dari kita beranggapan bahawa jika anda ingin mendapatkan produk untuk dijual, maka anda perlu beli dari pemborong seperti di GM Plaza atau di Jalan Kenanga (bagi orang Selangor).
Namun sebenarnya anda tidak sedar bahawa pemborong di GM Plaza pun ambil produk tersebut di China.
Jadi mengapa anda tidak terus mengambil produk jualan anda terus di China?

TIADA MASA UNTUK BUAT BUSINESS PART TIME
Jika anda masih bekerja namun maka sememangnya artikel ini untuk anda! Ini kerana saya sememangnya ‘target’ kepada orang yang masih bekerja dan ingin mencari pendapatan tambahan.

Laman jualan online seperti Shopee amat mudah dikendalikan dan anda hanya perlu menggunakan aplikasi handphone untuk menguruskan pesanan anda.
Malah jika anda menggunakan konsep dropship, maka ia lebih mudah kerana pihak supplier anda yang akan menguruskan pesanan dan membuat penghantaran.

TIDAK BERANI DAN TIDAK TAHU MEMBUAT JUALAN SECARA ONLINE
Jujurnya, saya sendiri tiada jawapan bagi ‘tidak berani’ membuat jualan secara online.  Hehehe ðŸ˜ŠðŸ˜ŠðŸ˜ŠðŸ˜Š
Namun begitu, pepatah inggeris ada menyebut..
“A Long Journey Start With A Single Step!”
Jika anda tidak melakukan langkah pertama, maka anda tidak akan ke mana..

TIADA PRODUK UNTUK DIJUAL
Salah satu keistimewaan laman jualan Shopee ialah anda boleh dropship dan juga preorder.
Anda sebenarnya tidak perlu simpan stock untuk membuat jualan. Malah penghantaran pun tidak perlu anda lakukan kerana ia dilakukan oleh supplier anda.
Malah jika anda masih buntu untuk mencari supplier dropship, saya sendiri boleh membantu anda menjadi salah seorang dropshipper kami.


Buat masa ini, saya baru sahaja mengambil satu lagi lot kedai di Subang Bestari. Ini kerana kami menerima pesanan yang semakin tinggi setiap hari!
Maka kini, anda bukan hanya dapat membuat jualan di laman jualan Shopee tetapi juga menjadi salah seorang dropshipper kami..

KLIK DI SINI UNTUK BELAJAR MENJUAL DI SHOPEE SECARA DROPSHIP


Itu sahaja dari saya. Sekian.

BUKAN SENANG NAK SENANG YE


Assalamualaikum dan hai.. 
Dalam artikel ini, saya ingin kongsikan berkenaan seorang rakan saya yang berjaya berhenti kerja dari seorang pegawai tentera kepada usahawan. Namun begitu, apa yang menarik perhatian saya ialah beliau memulakan bisness ini secara kecil-kecilan secara online, hanya dari rumah. Beliau bagaimanapun bukan calang-calang orangnya kerana sewaktu di dalam tentera, beliau adalah seorang pegawai berpangkat Kapten.


Kalau dalam tred cikgu, Kapten ini berpangkat lebih kurang macam Cikgu, tapi atas sikit. 
Kini, usaha yang dibuat sedikit demi sedikit itu sudah membuahkan hasil dan kini isteri beliau pula bekerja bersama beliau. 
Kisah ini mungkin boleh memberi sedikit inspirasi kepada anda dan mungkin jalan keluar kepada anda satu hari nanti. Artikel kali ini agak panjang sikit, kerana saya ambil direct daripada beliau. Jadi, saya harap anda boleh baca hingga habis ya. Penat kawan saya tu tulis panjang-panjang. Haha!




Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.. 
Kisah saya bermula pada tahun 2012. Saya, seperti orang lain juga mempunyai cita-cita untuk mempunyai perniagaan sendiri sebagai legasi untuk keluarga dan anak-anak. Saya juga mempunyai cita-cita untuk ‘memegang masa’ saya sendiri iaitu saya ingin berada bersama keluarga pada masa yang saya inginkan dan apabila diperlukan. 
Tahun 2012, saya bermula dengan perniagaan kecil di lelong, iaitu laman jualan Lelong.com.my. Pada ketika itu, pemasaran jualan melalui Facebook telah hangat dikatakan namun saya tetap memilih untuk menjual di Lelong.com.my kerana limitasi masa. Melalui Lelong, saya tak perlu jawab pm, tak perlu balas komen atau melakukan promosi untuk mendapat jualan. Ini kerana jika anda membuat jualan di laman jualan online seperti Lelong, pihak Lelong yang akan membuat promosi bagi pihak saya. Asbab itu, saya membuat jualan di Lelong. 
Melalui Lelong, saya boleh menentukan masa saya sendiri iaitu menyemak jualan dan membuat order kepada supplier saya (dropship) pada waktu malam. 



Hasil dari wang jualan dropship itulah saya mula gunakan untuk dijadikan modal sebanyak RM500 untuk membeli produk sendiri. Pada ketika itu, kebanyakkan produk saya beli dari kedai RM2 dan Mr. DIY..

TAMBAH CAWANGAN!

Daripada laman Lelong.com.my, saya mula menceburi marketplace yang lain pula iaitu Lazada dan Shopee.

Apa yang best berkenaan laman jualan online ini ialah ia hanya memerlukan kos minimun untuk membuka kedai secara online di sini. Sama seperti anda membuka kedai atau gerai untuk jualan, tapi ianya 100% PERCUMA! 

HASIL JUALAN SECARA BULANAN DI LAMAN SHOPEE SAHAJA






HASIL JUALAN SECARA MINGGUAN DI LAMAN LAZADA








'PRACTISE MAKE PERFECT'

Pernah dengar quote ‘Practise Make Perfect’?
Maka itulah yang berlaku pada saya. Selama beberapa tahun membuat jualan di laman ini saya beroleh keyakinan untuk menamatkan perkhidmatan. Of course, apabila anda melakukan 2 kerja dalam satu masa, ia tentulah memenatkan dan meletihkan. Namun itulah yang perlu anda lakukan untuk mencapai cita-cita anda.. 
Saya sering mendengar rungutan dari sahabat-sahabat iaitu mereka ingin ‘berhenti kerja’, ‘menjaga ibubapa di kampung’ atau ingin memiliki kawalan terhadap masa sendiri. Berikut adalah beberapa tips yang boleh saya berikan kepada anda. 
‘A Long Journey Start With A Single Step’. Mulakan dengan apa yang ada di tangan. Anda tak perlu tunggu sesuatu perkara untuk memulakan setiap sesuatu. Kebiasaan ‘selepas aku… ‘, ‘nanti kalau dapat.. ‘ dan semua ini hanyalah alasan anda untuk memulakan sesuatu. 
‘Jangan Makan Untung!’ Setiap kali anda membuat keuntungan, simpan! Atau beli stok baru! Kuatkan semangat dan sasarkan kepada cita-cita besar dan bukan keinginan sementara. Kalau setiap kali untung dan anda makan untung, maka sampai bila-bila perniagaan anda itu akan kecil walau 10 tahun anda berniaga. 
‘Sacrifice’. Salah satu soalan yang kerap saya terima ialah bagaimana saya membahagikan masa bekerja dan masa membuat jualan di laman online ini. Jawapan saya hanya 1 iaitu ‘sacrifice (berkorban)’. Tiada jalan lain dan itulah yang saya buat. 

Jalan-jalan Di Hatyai, Thailand




Trip Borong Guangzhou, China



Kini perniagaan kecil dari rumah ini menjadi sebuah syarikat berstatus Sdn Bhd. Saya kini menjalankan perniagaan secara full time online seller di dan membuka ruang kepada anda yang berminat untuk menjadi dropshipper di bawah syarikat ini. 


Yang Benar, 
Kapt Zainol Rashid (B)
Perwira Skills Sdn Bhd

PELUANG MEMULAKAN PERNIAGAAN DI LAMAN JUALAN ONLINE TERBESAR MALAYSIA

Kapt Zainol Rashid pada masa kini kerap memberi tunjuk ajar berkenaan cara untuk menjana pendapatan secara online iaitu melalui laman Shopee dan Lazada. Sehingga kini, ramai yang telah berjaya hasil dari tunjuk ajar beliau.




Secara umumnya, saya mengesyorkan anda membuat jualan di marketplace ini di atas beberapa sebab seperti berikut: 
1.   Anda boleh membuat jualan secara dropship (kurang modal dan tak perlu pegang stok).
2.   Anda juga boleh buat jualan secara preorder iaitu import produk dari china. 
3.   Anda tak perlu buat promosi kerana pihak marketplace yang akan membuat promosi bagi pihak anda.
4.   Anda boleh membuat jualan secara sambilan kerana sistem jualan online di marketplace mudah dikendalikan dan tidak memerlukan masa yang banyak. 

"TAK PERLU MODAL UNTUK MULA MENJUAL DI LAMAN ONLINE INI DAN ANDA BOLEH BUAT DROPSHIP ATAU PREORDER"

Ya betul. Anda sebenarnya tidak memerlukan modal untuk membuka akaun di laman Shopee, Lazada atau 11street. Malah, membuat jualan di laman seperti Shopee boleh dilakukan secara dropship atau preorder. 

BELAJAR MEMBUAT JUALAN DI LAMAN SHOPEE!

Jika anda masih baru di dalam bidang ini dan tidak pernah membuat jualan di laman ecommerce samaada Shopee, Lazada, 11street atau Lelong, saya nasihatkan anda untuk belajar membuat jualan di laman Shopee terlebih dahulu. 
Ini kerana beberapa sebab seperti di bawah:
1. Mempunyai fungsi dropship dan preorder.
2. Di antara laman jualan yang menerima jualan paling tinggi di Malaysia
3. 100% PERCUMA untuk digunakan dan banyak lagi (anda hanya bayar 1% jika produk anda terjual. Jika tidak terjual, tiada cas dikenakan).
Jika anda nak tahu lebih lanjut berkenaan cara jualan di laman ini, 


untuk maklumat lanjut.