BUKAN SENANG NAK SENANG YE


Assalamualaikum dan hai.. 
Dalam artikel ini, saya ingin kongsikan berkenaan seorang rakan saya yang berjaya berhenti kerja dari seorang pegawai tentera kepada usahawan. Namun begitu, apa yang menarik perhatian saya ialah beliau memulakan bisness ini secara kecil-kecilan secara online, hanya dari rumah. Beliau bagaimanapun bukan calang-calang orangnya kerana sewaktu di dalam tentera, beliau adalah seorang pegawai berpangkat Kapten.


Kalau dalam tred cikgu, Kapten ini berpangkat lebih kurang macam Cikgu, tapi atas sikit. 
Kini, usaha yang dibuat sedikit demi sedikit itu sudah membuahkan hasil dan kini isteri beliau pula bekerja bersama beliau. 
Kisah ini mungkin boleh memberi sedikit inspirasi kepada anda dan mungkin jalan keluar kepada anda satu hari nanti. Artikel kali ini agak panjang sikit, kerana saya ambil direct daripada beliau. Jadi, saya harap anda boleh baca hingga habis ya. Penat kawan saya tu tulis panjang-panjang. Haha!




Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.. 
Kisah saya bermula pada tahun 2012. Saya, seperti orang lain juga mempunyai cita-cita untuk mempunyai perniagaan sendiri sebagai legasi untuk keluarga dan anak-anak. Saya juga mempunyai cita-cita untuk ‘memegang masa’ saya sendiri iaitu saya ingin berada bersama keluarga pada masa yang saya inginkan dan apabila diperlukan. 
Tahun 2012, saya bermula dengan perniagaan kecil di lelong, iaitu laman jualan Lelong.com.my. Pada ketika itu, pemasaran jualan melalui Facebook telah hangat dikatakan namun saya tetap memilih untuk menjual di Lelong.com.my kerana limitasi masa. Melalui Lelong, saya tak perlu jawab pm, tak perlu balas komen atau melakukan promosi untuk mendapat jualan. Ini kerana jika anda membuat jualan di laman jualan online seperti Lelong, pihak Lelong yang akan membuat promosi bagi pihak saya. Asbab itu, saya membuat jualan di Lelong. 
Melalui Lelong, saya boleh menentukan masa saya sendiri iaitu menyemak jualan dan membuat order kepada supplier saya (dropship) pada waktu malam. 



Hasil dari wang jualan dropship itulah saya mula gunakan untuk dijadikan modal sebanyak RM500 untuk membeli produk sendiri. Pada ketika itu, kebanyakkan produk saya beli dari kedai RM2 dan Mr. DIY..

TAMBAH CAWANGAN!

Daripada laman Lelong.com.my, saya mula menceburi marketplace yang lain pula iaitu Lazada dan Shopee.

Apa yang best berkenaan laman jualan online ini ialah ia hanya memerlukan kos minimun untuk membuka kedai secara online di sini. Sama seperti anda membuka kedai atau gerai untuk jualan, tapi ianya 100% PERCUMA! 

HASIL JUALAN SECARA BULANAN DI LAMAN SHOPEE SAHAJA






HASIL JUALAN SECARA MINGGUAN DI LAMAN LAZADA








'PRACTISE MAKE PERFECT'

Pernah dengar quote ‘Practise Make Perfect’?
Maka itulah yang berlaku pada saya. Selama beberapa tahun membuat jualan di laman ini saya beroleh keyakinan untuk menamatkan perkhidmatan. Of course, apabila anda melakukan 2 kerja dalam satu masa, ia tentulah memenatkan dan meletihkan. Namun itulah yang perlu anda lakukan untuk mencapai cita-cita anda.. 
Saya sering mendengar rungutan dari sahabat-sahabat iaitu mereka ingin ‘berhenti kerja’, ‘menjaga ibubapa di kampung’ atau ingin memiliki kawalan terhadap masa sendiri. Berikut adalah beberapa tips yang boleh saya berikan kepada anda. 
‘A Long Journey Start With A Single Step’. Mulakan dengan apa yang ada di tangan. Anda tak perlu tunggu sesuatu perkara untuk memulakan setiap sesuatu. Kebiasaan ‘selepas aku… ‘, ‘nanti kalau dapat.. ‘ dan semua ini hanyalah alasan anda untuk memulakan sesuatu. 
‘Jangan Makan Untung!’ Setiap kali anda membuat keuntungan, simpan! Atau beli stok baru! Kuatkan semangat dan sasarkan kepada cita-cita besar dan bukan keinginan sementara. Kalau setiap kali untung dan anda makan untung, maka sampai bila-bila perniagaan anda itu akan kecil walau 10 tahun anda berniaga. 
‘Sacrifice’. Salah satu soalan yang kerap saya terima ialah bagaimana saya membahagikan masa bekerja dan masa membuat jualan di laman online ini. Jawapan saya hanya 1 iaitu ‘sacrifice (berkorban)’. Tiada jalan lain dan itulah yang saya buat. 

Jalan-jalan Di Hatyai, Thailand




Trip Borong Guangzhou, China



Kini perniagaan kecil dari rumah ini menjadi sebuah syarikat berstatus Sdn Bhd. Saya kini menjalankan perniagaan secara full time online seller di dan membuka ruang kepada anda yang berminat untuk menjadi dropshipper di bawah syarikat ini. 


Yang Benar, 
Kapt Zainol Rashid (B)
Perwira Skills Sdn Bhd

PELUANG MEMULAKAN PERNIAGAAN DI LAMAN JUALAN ONLINE TERBESAR MALAYSIA

Kapt Zainol Rashid pada masa kini kerap memberi tunjuk ajar berkenaan cara untuk menjana pendapatan secara online iaitu melalui laman Shopee dan Lazada. Sehingga kini, ramai yang telah berjaya hasil dari tunjuk ajar beliau.




Secara umumnya, saya mengesyorkan anda membuat jualan di marketplace ini di atas beberapa sebab seperti berikut: 
1.   Anda boleh membuat jualan secara dropship (kurang modal dan tak perlu pegang stok).
2.   Anda juga boleh buat jualan secara preorder iaitu import produk dari china. 
3.   Anda tak perlu buat promosi kerana pihak marketplace yang akan membuat promosi bagi pihak anda.
4.   Anda boleh membuat jualan secara sambilan kerana sistem jualan online di marketplace mudah dikendalikan dan tidak memerlukan masa yang banyak. 

"TAK PERLU MODAL UNTUK MULA MENJUAL DI LAMAN ONLINE INI DAN ANDA BOLEH BUAT DROPSHIP ATAU PREORDER"

Ya betul. Anda sebenarnya tidak memerlukan modal untuk membuka akaun di laman Shopee, Lazada atau 11street. Malah, membuat jualan di laman seperti Shopee boleh dilakukan secara dropship atau preorder. 

BELAJAR MEMBUAT JUALAN DI LAMAN SHOPEE!

Jika anda masih baru di dalam bidang ini dan tidak pernah membuat jualan di laman ecommerce samaada Shopee, Lazada, 11street atau Lelong, saya nasihatkan anda untuk belajar membuat jualan di laman Shopee terlebih dahulu. 
Ini kerana beberapa sebab seperti di bawah:
1. Mempunyai fungsi dropship dan preorder.
2. Di antara laman jualan yang menerima jualan paling tinggi di Malaysia
3. 100% PERCUMA untuk digunakan dan banyak lagi (anda hanya bayar 1% jika produk anda terjual. Jika tidak terjual, tiada cas dikenakan).
Jika anda nak tahu lebih lanjut berkenaan cara jualan di laman ini, 


untuk maklumat lanjut.