4 Soalan Lazim Berkenaan Membuat Jualan Di Shopee dan Lazada

Salam dan Hai
Sepanjang saya mengajar dan mengendalikan Bengkel Marketplace dan Import China, terdapat beberapa soalan yang paling kerap saya terima berkenaan membuat jualan di laman jualan online ini.
Berikut adalah 5 soalan lazim yang sering saya terima.

TERLALU RAMAI SELLER YANG ‘MAIN HARGA’
Tiada istilah seller ‘main harga’ atau jual produk yang sama. Ini kerana kebiasaannya, ia bukan masalah harga tetapi masalah ‘di mana anda mendapatkan produk‘.
Sebagai contoh, kebanyakkan dari kita beranggapan bahawa jika anda ingin mendapatkan produk untuk dijual, maka anda perlu beli dari pemborong seperti di GM Plaza atau di Jalan Kenanga (bagi orang Selangor).
Namun sebenarnya anda tidak sedar bahawa pemborong di GM Plaza pun ambil produk tersebut di China.
Jadi mengapa anda tidak terus mengambil produk jualan anda terus di China?

TIADA MASA UNTUK BUAT BUSINESS PART TIME
Jika anda masih bekerja namun maka sememangnya artikel ini untuk anda! Ini kerana saya sememangnya ‘target’ kepada orang yang masih bekerja dan ingin mencari pendapatan tambahan.

Laman jualan online seperti Shopee amat mudah dikendalikan dan anda hanya perlu menggunakan aplikasi handphone untuk menguruskan pesanan anda.
Malah jika anda menggunakan konsep dropship, maka ia lebih mudah kerana pihak supplier anda yang akan menguruskan pesanan dan membuat penghantaran.

TIDAK BERANI DAN TIDAK TAHU MEMBUAT JUALAN SECARA ONLINE
Jujurnya, saya sendiri tiada jawapan bagi ‘tidak berani’ membuat jualan secara online.  Hehehe ðŸ˜ŠðŸ˜ŠðŸ˜ŠðŸ˜Š
Namun begitu, pepatah inggeris ada menyebut..
“A Long Journey Start With A Single Step!”
Jika anda tidak melakukan langkah pertama, maka anda tidak akan ke mana..

TIADA PRODUK UNTUK DIJUAL
Salah satu keistimewaan laman jualan Shopee ialah anda boleh dropship dan juga preorder.
Anda sebenarnya tidak perlu simpan stock untuk membuat jualan. Malah penghantaran pun tidak perlu anda lakukan kerana ia dilakukan oleh supplier anda.
Malah jika anda masih buntu untuk mencari supplier dropship, saya sendiri boleh membantu anda menjadi salah seorang dropshipper kami.


Buat masa ini, saya baru sahaja mengambil satu lagi lot kedai di Subang Bestari. Ini kerana kami menerima pesanan yang semakin tinggi setiap hari!
Maka kini, anda bukan hanya dapat membuat jualan di laman jualan Shopee tetapi juga menjadi salah seorang dropshipper kami..

KLIK DI SINI UNTUK BELAJAR MENJUAL DI SHOPEE SECARA DROPSHIP


Itu sahaja dari saya. Sekian.